tuntutlah ilmu~
>> Rabu, November 11, 2009
utlubul 'ilma walau fissin : tuntutlah ilmu walau ke negeri China
Salam..
imbau balik mase skola dulu..same2 bljr wlaupun main2.. hehe.zaman 'jahiliah' la kte kan..
tapi jauh di sudut hati ini sangat rendah diri kerana rakan-rakanku kini kebanyakannya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Astralia, USA, Mesir, Jordan, Jepun, Korea, Indonesia, Jerman dan lain-lain. bilakah agaknya aku akan menjejakkan kaki ke luar negara. tak pernah walaupun sekali, even singapura pun tak pernah sampai. (mintak maaf post kali ni guna kata ganti nama diri 'AKU') member2 kelas dulu, junior2 skola sumenye hebat2 belaka.
diriku ini kerdil jika dibandingkan dengan mereka. pernah di suatu ketika dahulu, aku hanya merebut tempat terakhir dan kedua terakhir di dalam kelas, tetapi di UiTMPP ini aku mudah untuk berada di hdapan. aku bersyukur kepada Allah atas pujian orang ramai mengatakan aku ini pandai ataupun apa2 yg seumpama dengannya. itu semua kurniaan Allah. sepandai-pandai diriku ini, sangat ramai lagi yang lebih pandai dariku.
Sekolahku
contohnya Asif, rakan sekelasku semasa sekolah dahulu dari form 2 sampai sekarang. kini belajar di mesir dalam bidang perubatan dengan tajaan MARA. pernah satu ketika di dalam kelas, kami rakan2 menguji dia dengan satu helaian artikel yang sarat dengan fakta. kami beri dia masa hanya 5 minit untuk membaca artikel tersebut. kemudian kami menyoalnya semula. dia menjawab dengan menggunakan ayat yang sama seperti dalam artikel tersebut. lengkap. Allah mengurniakannya otak yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Subhanallah. Sehinggakan ada suatu ketika dalam kelas Sejarah tingkatan 5, cikgu memberi peluang kepada dia untuk mengajar bab terakhir. dia mengajar tanpa merujuk buku. hebat. tetapi pada masa yang sama dia lemah subjek mengira.
Kini ku di UiTMPP ku bersyukur walaupun tidak berada di luar negara. Ku bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menuntut ilmu pelajaran. akan ku cuba sehabis baik.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Bagi saya, selagi jantung berdegup, selagi kita menghela nafas, kita mestilah berusaha sehabis baik bagi meningkatkan potensi diri.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Bagi saya, selagi jantung berdegup, selagi kita menghela nafas, kita mestilah berusaha sehabis baik bagi meningkatkan potensi diri.
3 komen:
utlubul ilm minal mahdi ilal lahdi..
tuntutlah ilmu dr buaian ke liang lahad..
klo nak imbau kenangan zaman skola dl mmg byk..
sgt2 byk.. pernah satu ketika dl aku dpt satu msg pasal memories.. terasa kebenarannye..
memories ply a very confusing role
they make u laugh when u remember the time u cried together
but make u cry when u remember the time u laughed together...
rindu zaman skola dl~~
sepintar!!! hehe. rezeki msg2 lah khalil kan org dpt p oversea tu. kat mane2 pn kite still leh blaja kan. ;)
thanks iffah, qill..tersentimental la pulak..hehe
Catat Ulasan