Adakah anda gila?

>> Sabtu, November 28, 2009

Pada suatu hari, Pak Pandir pergi ke hospital orang gila. Pak Pandir melihat ramai orang gila di sana. Lalu Pak Pandir bertanya kepada seorang doktor di hospital tersebut, "bagaimana doktor tahu yang pesakit tersebut benar-benar gila?"
Doktor menjawab, "kami akan jalankan ujian kepada pesakit tersebut. Setelah itu, baru kami putuskan sama ada pesakit tersebut benar-benar gila atau tidak." Pak Pandir bertanya lagi, "apakah ujian tersebut?"

Kemudian, doktor itu membawa Pak Pandir ke sebuah tab mandi. Tab mandi tersebut dipenuhi air. Diberikan kepada Pak Pandir sebuah besen, sebuah baldi, sebuah cawan dan sebatang sudu. Doktor tersebut bertanya, "Pak Pandir, saya nak Pak Pandir keringkan tab mandi ini." Pak Pandir menjawab, "Ah, senang je ni. Guna je lah besen. Besen paling besar. Cepat sikit habis kerja."

Lalu doktor pun berkata kepada Pak Pandir, "Pak Pandir, jika orang normal, mereka tentu bukakan tutup dasar tab ini. Pak Pandir nak tingkat berapa?"

2 komen:

IeFaZaM Sabtu, November 28, 2009  

x brjaye buat aku gelak ah

khallikhir Ahad, November 29, 2009  

yeke..len kali aku cube lagi..

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP