Pertandingan Nasyid EKUUM 09

>> Selasa, Oktober 06, 2009

Sungguh indah ciptaan Tuhan,
Langit membiru nyiur melambai,
Ombak menderu menyusur pantai,
Hati yang resah menjadi damai..

Assalamualaikum kami ucapkan,
Kepada rakan dan juga taulan,
Kumpulan Far-E-ZeeN akan mempersembahkan,
Semoga kita mendapat pedoman...

Itulah intro dari kumpulan nasyid yang saya sertai, Far-E-ZeeN. Pada 2 Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat malam Sabtu, satu pertandingan nasyid anjuran Persatuan Nasyid UUM telah diadakan bertempat di UUM Sintok, Kedah DA.

Acara bermula pada jam 8.30 malam. Pertandingan ini disertai oleh 8 buah kumpulan; 4 kumpulan dari luar UUM (termasuk Far-E-ZeeN dan ASRAR) manakala 4 kumpulan lagi mewakili kolej-kolej kediaman masing-masing di UUM. Semua peserta hebat-hebat belaka. Terasa rendah je kami ni..

Akhirnya tiba giliran kami, no. 2. Alhamdulillah, dapat juga membuat persembahan setelah sekian lamanya berlatih dengan masa yang singkat. Kumpulan ASRAR mendapat giliran ke-6.

Keputusan pertandingan:

1 - UUM - Utama
2 - UiTMPP - ASRAR
3 - UiTMPP - Far-E-ZeeN

Alhamdulillah, UiTMPP berjaya membawa pulang dua tempat, bermakna kedua-dua kumpulan berjaya membawa pulang hadiah. Tahniah.

Sebenarnya saya kurang gemar kalau bertanding nasyid. Saya lebih gemar membuat persembahan nasyid untuk majlis-majlis dan untuk diri sendiri je (dalam bilik..hehehe). Lagipun, nasyid bukan ke salah satu medium untuk kite berdakwah kepada orang lain dan di samping sebagai satu tazkirah kepada diri kita sendiri. Akhir kata, majulah industri nasyid di tanah air kita. Wassalam...

0 komen:

Catat Ulasan


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP