Lawatan Industri 1

>> Ahad, Oktober 04, 2009

Salamun Alaik kpd semua...

Pada pukul 10.00 ++ pagi, 3 Oktober 2009, saya
join rombongan lawatan industri ke DanCast Sdn Bhd di Jitra, Kedah. Selepas hampir 3 jam, kami tiba di kilang tersebut. Kilang tersebut sederhana besar. Setibanya di sana, kami diberi penerangan oleh lecturer bengkel kami, En. Amin.


Tujuan kami membuat lawatan ini sebenarnya untuk mengetahui lebih mendalam tentang
casting iaitu besi tuang. Asyik-asyik belajar teori dalam kelas. Kadang-kadang sampai tak faham. Lagi satu, saya pelajar kej. mekanikal tulen. Pelajar yang mengikuti lawatan ini pula kej. mekanikal perkilangan. Walaupun berbeza dari segi course, tapi dalam mekanikal tulen, termasuk perkilangan dan lain-lain. Jadi, apa salahnya saya turut serta. Kebetulan ada kekosongan.Hehe..

Besi tuang ini sebenarnya dalam kelas dan di bengkel, kami belajar bermula dari membuat (acuan) sehingga kepada
surface finishing (kaedah mencantikkan permukaan bahan kerja). Kalau nak tahu lebih lanjut tentang casting ini, bolehlah layari laman web wikipedia ataupun dari buku-buku kejuruteraan yang berkaitan.

Sedikit sahaja daripada apa yang saya ketahui,
sand casting (satu daripada pelbagai jenis casting) terdiri daripada dua iaitu, CO2 dan Green Sand. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Hasil daripada menggunakan CO2 lebih tepat ukurannya berbanding green sand tetapi green sand hanya memerlukan kos yang lebih rendah berbanding dengan CO2 . Lupa pula nak beritahu, pasir-pasir itu tadi digunakan untuk membuat mold (acuan)

Green Sand

Pasir putih, mesin pengisar halus dan Sodium Silikat (dalam tong) untuk proses CO2

Mold yang sudah siap

Saya memegang
core yang digunakan untuk membuat ruangan kosong di dalam bahan kerja

Core yang diletakkan di dalam mold

Sementara itu, di satu bahagian lain, terdapat ruangan melebur besi. Besi tersebut dilebur di dalam relau yang tak silap saya boleh menampung lebih kurang 50kg besi pada satu-satu masa. Dengan suhu mencecah melebihi 1000'C, besi lebur menyala panas berwarna merah.
Masya-Allah, dalam hatiku berdetik, "Ya Allah, sungguh panas besi ini. Baru takat 1000'C ++, besi ini melebur, belum lagi menggelegak. Sedangkan api neraka Allah senantiasa menggelegak."

Relau melebur besi.

Besi-besi berbentuk seperti batu yang dimasukkan ke dalam relau.

Kami sempat melihat besi lebur tersebut dituang masuk ke dalam mold. Ketika besi lebur tersebut dituang keluar dari relau ke dalam penuang yang lebih kecil, kelihatan percikan api serta besi lebur menyembur sedikit. Payah rupanya kerja casting ni dan sangat berbahaya. Di bawah saya sertakan video semasa kerja-kerja penuangan besi lebur ke dalam mold. Maaf kerana resolusi dan lighting yang tak seberapa. Harap semua yang membaca dan melihat boleh membayangkan proses casting ini.



Setelah besi tuang menyejuk dan mengeras, mold akan dipecahkan dan bahan kerja akan dibersihkan. Mesin di atas digunakan untuk membersihkan permukaan bahan kerja dengan menggunakan biji-biji besi yang halus.

Antara hasil-hasil besi tuang...

Banyak yang saya dapat daripada lawatan ini. Insya-Allah, ada lagi lawatan industri yang bakal saya ikuti dan juga mungkin akan dipostkan dalam blog ini. Sekian, wassalam~

0 komen:

Catat Ulasan


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP