Kisah Nabi Ibrahim Khalilullah AS

>> Isnin, Oktober 12, 2009

Pada suatu hari, Nabi Allah Ibrahim AS meminta kepada Allah supaya tunjukkannya bagaimana Dia menghidupkan yang telah mati. Kemudian Allah bertanya, adakah beliau tak percaya? Beliau menjawab bahawa sudah pasti percaya tetapi hanya untuk lebih memahami. Maka Allah memerintahkan beliau mengambil empat jenis burung iaitu burung merak, ayam jantan, merpati dan helang. Kemudian, beliau perlu mmenyembelih dan mencincang daging kesemua burung-burung tersebut. Setelah itu, beliau perlulah meletakkannya di empat bukit yang berbeza.

Maka Nabi Ibrahim menyaksikan bagaimana Allah menyatukan kembali kesemua tulang dan daging burung-burung tersebut kembali. Burung-burung tersebut kemudiannya terbang kembali kepada beliau.

Daripada kisah tersebut kita sekurang-kurangnya mendapat 2 pengajaran.

1. Sikap Nabi Ibrahim AS yang walaupun telah tetap keimanannya dalam meyakini kekuasaan dan keesaan Allah, masih lagi mempunyai keinginan untuk memahami dengan lebih mendalam.


2. Kiasan berdasarkan keempat-empat ekor burung tersebut yang masing-masing membawa sikap keji yang patut dihindari. Contohnya pada burung merak, bangga pada kecantikan dirinya. Ayam jantan pula suka mengawan tanpa mengira masa dan tempat. Burung merpati pula salah satu sikapnya yang apa bila burung-burung lain sudah mencelikkan mata di awal pagi lagi untuk mencari makanan sedangkan ia masih lagi tidur. Bermaksud ia membawa sikap malas. Bagi burung helang pula ia membawa sikap suka menyambar yang tidak patut diamalkan oleh setiap muslim.

~~Renung-renungkan dan selamat beramal~~

0 komen:

Catat Ulasan


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP