Lawatan Industri 2

>> Selasa, Oktober 20, 2009

Salam alaik...

Pada hari ahad baru2 nih bersamaan 18 Oktober 2009, saya mengikuti lawatan industri anjuran Kelab Ikatan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTMPP (I-Mecky) ke Composite Technology Research Malaysia (CTRM), Batu Berendam, Melaka.

Kedudukan CTRM menggunakan aplikasi Google Earth
Hari 1

Kami bertolak dari kampus seawal jam 10.30 pagi dan sampai serta menginap di UiTM Shah Alam. Tiba pada jam 6.00 ptg. Lepas check in di Kolej Perindu, saya dan Zurin (classmate) ke bangunan Mekanikal. Jauh gak r berjalan. Sempat r peluh2 sebelum smpai ke sane. Teringin tengok. Yelah kan.tahun depan kalau rezeki Allah bagi, insya-Allah sambung degree kt sane. Amik semangat r ktekan..hehe.Malam tu sempat jumpe n makan malam dengan classmate time skola dulu. Teringat skola lak.huuhuu.beborak panjang la kami..almaklumlah..lame tak jumpe..

Hari 2

Bertolak dari UiTM Shah Alam jam 7.00 pagi. Eden tertdo bile kat atas bas. Sedar2 je dah sampai kat CTRM tu. tak ingat pukul berape. tapi mse tu dah tengahari. Masuk2 kat CTRM tu kami diberi penerangan oleh 2 orang pegawai sane. Korang tau tak CTRM tu buat pe? Ha..CTRM ni salah satu kilang yang membuat bahagian2 untuk kapal terbang. Cam A380 Air Bus, Boeing 787 dan lain2. Tapi tak sume r die buat. juz bahagian sayap, body ngan cover enjin.Kami semangat tol sangat2 awalnye, tapi terkedu jap r sebab diorang tak bagi amik gambar dalam kawasan industri. huhu.

Pegawai tu kate bahagian2 lain merata buat kt negara lain dan sume parts tu akan di assemble kt Perancis. Bahagian kapal terbang ni sebenarnye aluminium yang dilapisi bahan komposit. tujuannya supaya kuat dan ringan. Bahan2 komposit tu diimport dr luar negara. Sampai2 je kat CTRM, sampel dari bahan tu akan dibuat ujikaji dari segi ciri mekanikalnya (mechanical properties) seperti toughness, shear strength dll. kami sempat masuk dalam makmal ujikaji tu. mase tu diorang tengah buat testing. Real jgk r tengok.hehe.

Lepas dah lulus test tu (cam blaja pulak..haha), baru r die bwat part2 kapal terbang. Bile dah siap, die test lagi tau.Ye r mane r tau ade retak kat dalam yang tak nampak dengan mata kasar. Juz pakai mesin CNC je. komputer bwat keje tapi of course r ngan kendalian technician. Kagum gak r. sebab mesin yang check crack tu besar kot. tp lame sangat kalau nak check satu part. ye r kan.nak jage kualiti, mesti check ngan detail.

Dah selesai tengok proses2 tu, kami dibawa pula melawat ke garaj kapal terbang persendirian CTRM. Di situ, kapal terbang -kapal terbang kecil dibuat dari awal sehinggalah ianya diterbangkan.

Bahagian dalam kapal terbang persendirian


Hebat r..selama ni tengok kapal terbang kt airport je. akhirnye dapat jgk merasa naik kapal terbang tu (walaupun tak terbang..haha). Banyak r bende baru yang saya dapat. Teringat ada satu tazkirah yang saya dengar dari kuliah di masjid, Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu bahawa pada akhir zaman nanti ada besi terbang. Mesti orang mse zaman tu pikir pelik kan sebab kenape la besi nak kene terbang kat udara? Besi terbang itulah kapal terbang rupe2 nye. Sempat jugak saya tanya kat pegawai tu. nak tau la pe kelulusan untuk kerja kat section NDT (non destructive test), yang buat testing2 tadi tu. Die kate ade 3 tahap. 3 3 tahap ni paling kurang ade sijil pun memadai. tp mesti la sijil yang berkaitan. tahap 1 gaji sekitar rm1000++ r sebab juz sikit je jenis NDT utk tahap 1 ni. Yang mahal tahap 2 ngan tahap 3. of course susah sket sebab kne tau banyak jenis2 NDT dan kene btol2 mahir. Tapi gaji die sebulan je kalau tahap 2 kalau tak silap dalam rm2000 - rm 3000. tahap 3 pulak dalam rm 4000++ kot. Banyak tu...belajar penat r. tapi bile time keje, masuk ruangan keje tu, key in arahan dalam komputer...settle..komputer bwat keje. relax2 gaji masuk..pergh..haha..tapi ilmu key in arahan yang mahal tu..hmm..

petang tu sebelum pulang kami makan di sekitar CTRM . pastu terus balik ke kampus UiTMPP. sampai2 dah kol10 malam sebab jem n berenti makan banyak kali punye pasal. haha.gemok ambe..

1 komen:

terdampar dipinggirkan Rabu, Oktober 28, 2009  

x aci...kami x pegi pun..huuhu

Catat Ulasan


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP