Masalah rokok : Di manakah penghujungnya?
>> Sabtu, Mei 29, 2010
"Weyh, kau tak nak hisap rokok ni ke? Best apa. Syok. Cuba lah." Pernahkah rakan anda berkata begitu kepada anda? Rokok. Apabila sebut tentang rokok, sudah tergambar di fikiran kita suatu benda yang merosakkan kesihatan. Akan tetapi masih lagi terdapat insan-insan bergelar manusia yang sukar untuk berhenti merokok. Kempen kerajaan tentang bahaya merokok kelihatannya seperti tiada fungsi seakan-akan para perokok tidak mahu mengendahkan kesihatan diri mereka sendiri. Apatah lagi kepada orang di sekeliling. Bahaya rokok jelas menjejaskan kesihatan bukan sahaja kepada perokok bahkan kepada individu-individu yang tidak merokok yang terhidu asap rokok tersebut.
Kenapa tak berhenti sahaja merokok?
Saya tidak berpengalaman dalam merokok ni. Tapi saudara-mara dan kawan-kawan adalah. Alhamdulillah, saya diahirkan dalam keluarga yang tidak merokok. Bila bertanyakan kepada individu-individu yang merokok, mereka menyatakan sukar untuk berhenti. Perlukan keazaman yang kuat. Kenapa? Gian dan ketagihan punca utama susah untuk berhenti merokok. Tapi yang peliknya, pada bulan Ramadhan, mereka boleh pula berhenti. Sebulan. Bukan sehari. Betul tak?
video: bagaimana kesihatan perokok boleh jadi rosak?
Di manakah silapnya?
Kerajaan Malaysia menguatkuasakan larangan penjualan rokok kurang dari 20 batang bermula pada Januari 2010. Harga rokok minimum RM6.40 bagi 20 batang. Mahal ke? Rasanya masih lagi mampu dimiliki. Jatuh sebatang 32 sen. Mahal lagi Cloud9 yang berharga 60 sen jika tak silap. Memang kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang supaya tidak menjual rokok kurang dari 20 batang. Dai apa yang saya lihat, di restoran-restoran ada yang menjual rokok kepada pelanggan dengan kuantiti yang kecil. Sebatang je pun ada. Sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan undang-undang ini? Tepuk dada tanya selera.
Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan.
(Surah al-Baqarah, ayat 195)
.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan bahawa hukum menghisap rokok adalah makruh. Makruh bermaksud Allah tidak suka perbuatan tersebut. Jika dilakukan tidak mendapat apa-apa tetapi jika ditinggalkan mendapat pahala. Untuk keterangan sebab, rujuk pada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menghisap-rokok.
Mari mengira!!
Harga rokok paling murah = RM 6.40
Harga rokok paling murah = RM 6.40
Sekiranya merokok 2 hari sekotak. Sebulan 15 kotak.
RM 6.40 x 15 = RM 96 sebulan. Setahun = RM1152..banyak tu.
Banyak lagi belanja lain yang dirasakan perlu. Mengapa perlu berbelanja lebih untuk merosakkan diri sendiri?
Kandungan dalam rokok
Bagaimana hendak berhenti?
Jangan asyik menuding jari kepada orang lain. Sepatutnya semua pihak harus mengambil peranan yang sewajarnya. Cadangan saya kepada :
Perokok :
- Cuba berhenti merokok secara sedikit demi sedikit. Perubahan memerlukan masa. Tidak digalakkan berubah secara cepat, kemungkinan akan berubah kembali secara cepat.
- Ingatlah orang yang tersayang. Ayat ini bukan sahaja untuk mereka yang tidak berhati-hati semasa memandu, tetapi apa-apa keadaan yang membahayakan diri anda. Ingat. Anda begitu berharga kepada orang di sekeliling anda.
- Sibukkan diri anda dengan perkara-perkara harian yang berfaedah. Sekurang-kurangnya masa yang diluangkan untuk merokok akan berkurang.
- Yakin bahawa anda begitu berharga. Yakin dan jaga penampilan diri anda. Perokok senang diteka.
Kerajaan :
- Hadkan penjualan rokok secara berlesen hanya oleh pihak-pihak tertentu sahaja dan adakan pemeriksaan mengejut secara kerap kepada premis-premis yang menjual rokok.
- Sekiranya boleh, naikkan lagi harga rokok. Harga rokok semasa masih lagi mampu dimiliki khususnya golongan remaja.
Rokok jelas memberi kesan negatif yang sangat banyak. Usah biarkan hidup anda diselubungi rokok. (macam kenal ayat tu..hehe)
KATAKAN TIDAK PADA ROKOK
khalilkhir
carl_5411@yahoo.com.my
1 komen:
bgos3
Catat Ulasan