Antivirus : Adakah pilihanku tepat?

>> Rabu, Mei 26, 2010

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini mengenai pemilihan antivirus yang terbaik untuk komputer anda. Sebagaimana yang kita ketahui secara umumnya antivirus berfungsi sebagai pelindung komputer anda dari serangan virus, malware, rootkit, spyware dan sebagainya yang berpunca dari internet mahupun dari komputer lain menggunakan segala bentuk data storan. Kebanyakan antivirus kini dilengkapi pelbagai mode tambahan seperti firewall, parental control, antimalware dan pelbagai lagi.



Sebelum itu, kenali dahulu jenis-jenis virus yang wujud pada zaman kini:
  1. Worm - Menggandakan dirinya sendiri pada harddisk. Ini membuatkan memori komputer (Harddisk) menjadi penuh akan worm itu.
  2. Trojan - Mengambil data pada komputer dan mengirimkannya pada pembuat trojan itu sendiri.
  3. Hacking - merupakan serangan langsung dari hacker terhadap komputer pengguna yang mengakses laman internet tertentu, dengan atau tanpa program bantuan yang telah disisipkan di komputer pengguna.
  4. Backdoor - Hampir sama dengan trojan. Namun, Backdoor biasanya menyerupai file yang baik-baik saja. Misalnya game.
  5. Spyware - Virus yang memantau komputer.
  6. Rogue dan Ransomware - merupakan program yang meniru program antivirus dan menampilkan dirinya seperti antivirus normal, dan memberikan peringatan-peringatan palsu tentang adanya virus. Tujuannya adalah agar pengguna membeli dan mengaktifkan program antivirus palsu tersebut dan menjana wang bagi pembuat virus rogue tersebut.
  7. Rootkit - Virus yang bekerja menyerupai kerja sistem komputer yang biasa.
  8. Polymorphic Virus Virus yang gemar beubah-ubah agar tidak dapat dikesan.
  9. Virus Telefon Bimbit - merupakan virus yang khusus yang berada ditelefon bimbit, dan dapat menimbulkan pelbagai macam efek, mulai dari merosak, mencuri data-data, membuat secara diam-diam dan lain-lain.
Setelah seharian  mencari, mengumpul dan menganalisis, hasilnya dapat saya kelaskan antivirus terkini:
Klik pada gambar untuk skala yang lebih besar.
*Data yang dibuat tidak semestinya 100% betul dan mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
  26/05/2010

Antivirus sangat penting bagi memastikan komputer anda tahan lebih lama. Pilihan terletak di tangan anda. Buat pilihan dengan lebih bijak. Apa yang diberi sekadar bahan rujukan bagi memudahkan pemilihan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, bolehlah komen pada ruangan di bawah.

Selamat mengguna. ^_^



 khalilkhir
carl_5411@yahoo.com.my

2 komen:

fitrijohari007 Rabu, Mei 26, 2010  

ko rembat kaspersky je..hehe...pair ngan malwarebytes mmg mantop!

aku pnah ada kes pasal rogue AV tu..kne pd lappy marol...siot menipu...asik kuar alert je..pas2 suh bli..mmg annoying..

khalilkhir Khamis, Mei 27, 2010  

yeke..setakat ni bg aku kaspersky terbaik la..sme2 hebat dgn dye bitdefender..puas ati aku pakai kt lappy aku. xhang langsung..best..sme ngn kaspersky..yg len2 tu mcm avira, avg sume tu susah la nk detect virus..igtkn hardisk kte xde pape..ble cucuk hardisk aku kt org len ade je xkene..ade virus la..xleh detect la..pdhal hardisk aku ok je..huhu

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP