Alamak windows aku rosak la~

>> Selasa, Mei 25, 2010


 Ala..masa ni pulak dia rosak. Aku ade banyak assignment nak kena buat. Pernahkah anda mengalami sebegini? Lebih-lebih pada saat-saat akhir sebelum due date pulak tu. Biasalah student suka tangguh kerja ke saat akhir. Janganlah tangguh kerja anda sebab kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi nanti. Bak kata orang tua-tua malang tidak berbau. Hehe..




Ha...tahukah anda sebenarnya khidmat format komputer di kafe-kafe siber menelan kos sekurang-kurangnya RM30? Dah la lama pulak tu nak dapat komputer balik. Pada entri kali ini saya hendak berkongsi dengan anda cara untuk format semula laptop atau desktop anda. Hanya untuk komputer yang rosak window sahaja tau. Kalau dah rosak macam sebelah tu tak boleh buat apa-apa dah la. Entri ni juga hanya cara untuk kendali pengguna windows sahaja. Kalau selain daripada window macam Macintosh ke Linux atau lain-lain sila rujuk kepada mereka yang lebih arif.^_^


Perlu ke format ni??
Sebenarnya format komputer ni tidak semestinya komputer tu dah rosak. Banyak sebab lain:
1. Sistem komputer tak boleh nk boot (ni kes biasa la. Mungkin terkacau system setup ataupun virus)
2. Berlaku kesilapan semasa install software dan tak tahu untuk baiki
3. Termengada-ngada nak update window walaupun dah tahu windows yang anda pakai adalah bukan original.
4. Komputer jadi terlalu lambat loading
5. Lain-lain sebab yang saya tak terfikir sekarang


Macam mana nak format?
Saya pernah format komputer lebih dari 10. Angka yang sedikit tapi harap dapat berkongsi dengan anda semua. Lepas ni bolehlah jimat tak perlu membayar kos format..kan??


Windows apa yang hendak digunakan?




Sebelum memilih windows yang anda hendak gunakan, pastikan kekuatan komputer anda termasuklah cip processor dan memory. Kemudian pilih mengikut kesesuaian dengan kapasiti komputer anda.


contohnya : komputer rumah saya - Intel Pentium 4 3.00 GHz
                                                      Memori : 3.5 GB             Hard Disk : 580 GB


Saya pilih Windows 7 Ultimate 32bit sebab ia mempunyai features yang sangat menarik dan pada masa yang sama ia tidak memberatkan sistem komputer.


Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, saya mencadangkan Windows 7 berbanding Windows Vista dan XP. Windows & jauh lebih stabil dan ringan berbanding Windows Vista dan lebih up to date dari XP. Tambahan Windows 7 tak perlu back up semua driver sebab ia akan automatik intall driver untuk anda. Tapi semua itu bergantung kepada spesifikasi komputer anda.


Mula format!!!
Ada dua cara untuk format komputer anda, menggunakan CD-ROM/DVD-ROM atau USB. (Kalau ada cara lain saya akan postkan pada entri akan datang)


CD-ROM/DVD-ROM>>> (untuk windows 7 sahaja)
i. Pastikan disk tersebut bootable..kalau tak nanti komputer tak detect.
ii. Masuk pada sistem bios komputer anda, ubahkan boot priority kepada CD/DVD drive.
iii. Masukkan disk dan restart komputer anda.
iv. Akan muncul satu arahan "press any key...". Tekan mana-mana button keyboard anda.
v.
gambar diambil dari http://www.engadget.com/2009/08/11/how-to-install-windows-7-and-live-to-tell-about-it/

   Pilih custom (advanced). Kemudian ikut je arahan dia seterusnya. Secara automatik komputer anda akan install windows. Semasa installation, komputer anda akan restart sekali lagi kemudian sambung installation kembali. Jangan panik kerana komputer anda restart untuk menggunakan windows yang sedang dimasukkan.
Selesai install windows 7.

Format Menggunakan USB>>>>

Format guna USB ni biasenye saya gunakan thumbdrive sebesar 4GB sebab windows 7 sahaja memakan lebih dari 2GB ruang storan. Nak guna USB ni juga sama macam DVD tadi, mestilah dalam keadaan bootable. Nak buat thumbdrive anda bootable? Gunakan software Windows 7 USB/DVD Download Tool. Mudah sahaja nak guna software ni. Download installer dia dulu, kemudian install.

Selepas install, buka software tesebut dan cari ISO file bagi windows yang nak digunakan. ISO file ni korang cari la kat mana-mana ye.

Kemudian pilih USB Device

Cari thumbdrive mana yang anda gunakan dan klik Begin Copying

Setelah itu, thumbdrive anda sudah menjadi bootable. Cara format menggunakan USB sama seperti cara format menggunakan disk cuma berlainan sumber.

Sudah selesai format???
Belum lagi. Anda perlu install software-software yang diperlukan seperti:
1. Microsoft Office (tak kisah sama ada 2003, 2007 atau yang terkini 2010)
2. Antivirus (sangat penting)
3. lain-lain software yang dirasakan perlu...

Selepas ini anda tidak perlu lagi untuk keluar mencari CC untuk format komputer anda. Jimat wang dan masa anda. Nantikan post akan datang memilih antivirus yang terbaik untuk komputer anda.

Photobucket
Khalilkhir
carl_5411@yahoo.com.my

0 komen:

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP