Hidup akan datang..
>> Rabu, Disember 09, 2009
Salam alaik kepada semua.
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah kehidupan anda akan datang. Lebih-lebih lagi anda sebagai seorang pelajar sebagaimana saya kini. Setiap hari saya memikirkan, "adakah pelajaranku kini dapat menjamin kerjaya yang bagus? Adakah kerjaya tersebut mempunyai hasil pendapatan yang mencukupi untuk menyara hidupku nanti? Bahkan bukan untukku sahaja, apabila sudah berkeluarga nanti adakah dapat aku menanggung kesemuanya?" Persoalan-persoalan ini setiap hari menghantui diriku. Melihatkan di sekelilingku ramai yang berjaya.
Tak kurang juga yang hidup menderita. Setiap kali saya sekeluarga pergi melawat rumah sanak saudara yang hebat dan kaya-raya, mama selalu berkata, "Khalil, mama impikan Khalil apabila sudah berkerjaya nanti, Khalil mampu mempunyai rumah sebegini." Terasa amat terbeban sekali apabila mama berkata demikian. Suatu misi yang sukar untuk dilaksanakan tetapi tidak mustahil.Gambar hiasan.
Dibawa pula rasa tanggungjawab ke atas keluarga sebagai anak sulung dari 5 orang adik beradik. Anak sulung merupakan contoh kepada adik-adiknya. Ada ketikanya saya merasakan anak sulung ini merupakan satu percubaan perkara yang baru. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata.
Perkara ini sudah lama saya fikirkan sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Sukar rasanya berat harapan yang diharapkan oleh kedua-dua orang tua. Tapi saya anggap semua itu suatu cabaran buat diri untuk bingkas bangun menghadapi realiti dan maju ke hadapan. Firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya....
Surah Al-Baqarah(286)
Pernah saya melakukan kira-kira tentang perbelanjaan semasa kerja nanti. Jika ada kesilapan, sila komen pada post kali ini. Maafkan diri ini yang masih cetek ilmu dan pengalaman dalam hidup ini.
Jadual di atas hanya contoh sahaja. Hidup dalam keadaan bujang.
Seperti kita lihat di atas, dapat saya merumuskan bahawa pendapatan sepatutnya yang saya ada untuk menjalani kehidupan adalah sekurang-kurangnya RM 2500.00 sebulan. Itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti wang petrol kereta dan cukai-cukai yang sedia ada yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan berkanun. Anggaran ini hanya untuk pada mereka yang ingin hidup secara bersederhana. Tidak kaya dan tidak juga miskin.
Gambar hiasan. Penting sangatkah wang ringgit dalam hidup ini?
Tapi mama inginkan saya memiliki rumah mewah dan kereta mewah. Kemungkinan perbelanjaan sebulan mencecah puluh ribuan ringgit sebulan. Apakah kerja yang sesuai dengan angka tersebut? Adakah dengan tahap pendidikan saya sekarang mampu saya mencapai kelas tersebut? Adakah usaha saya kini setimpal dengan apa yang mama saya inginkan? Tidak dinafikan bukan hanya kehendak mama, bahkan juga keinginan saya sendiri. Mungkin ada yang berkata, semua itu rezeki Allah dan rezeki kita telah ditentukan oleh-Nya. Betul. Akan tetapi fahaman dikhuatiri akan menyebabkan kita berasa malas untuk mencari rezeki. Kita perlu ingat bahawa
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri.
Ini bermaksud selagi kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu, Allah tidak memberinya jalan untuk berjaya. Contohnya, kita hendak berjaya dalam peperiksaan. Alhamdulillah Allah mengurniakan kita minda yang cerdas dan pintar. Malangnya, kita tidak berusaha untuk skor dengan cemerlang. Sebaliknya, kita hanya berdoa dan bertawakal sahaja. Ini bertentangan dengan syariat Islam yang menyeru supaya berusaha terlebih dahulu sebelum berserah kepada Allah.
Memang tak dapat dinafikan kejayaan itu milik Allah dan Dia akan memberi kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya. Oleh sebab itu, dalam Islam kejayaan yang dikecapi bukan sahaja hasil usaha sendiri, bahkan diukur dengan hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia termasuk ibu bapa dan rakan-rakan.
Kesimpulannya:
1. Kehidupan kita akan datang kita hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan.
2. Kejayaan tidak datang bergolek.
3. Hubungan dengan Allah dan sesama manusia perlu dijaga.
4. Perancangan teliti perlu untuk mencapai matlamat sama ada jangka pendek mahupun panjang.
Insya-Allah, kita sama-sama usaha untuk mencapai yang terbaik.
11 komen:
woa..dsyatkan hidup nih
bila bukan di alam persekolahan lg
xde la dahsyat sgt. begitulah realiti kehidupan. cuma bergantung pada diri kita sama ada lari atau berani menghadapinya.
Amalkan solat sunat dhuha. Ianya bertindak sebagai magnet penarik rezeki.. Try la.. Baca surah Al-Waqiah, penarik rezeki jugak. InsyaAllah.. Rezeki dari Allah, kita hanya mencuba..
Insya-Allah~
Lebih baik hidup bersederhana. =)
kalau mewah sangat takut lupa diri pulak nanti. huhu
Tidak salah mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi. asalkan usaha dan tawakal. Insya-Allah, perkara yg diinginkan akan diperoleh.
betul. aku nak sangat memiliki Honda CRV! haha
Hmm. Yelah tu. Tahun depan tengok kereta baru yang cantik, nak kereta tu pula. Then, ada lagi kereta yang lagi cantik, nak kereta tu pula.
Haha. Biasalah. keinginan manusia mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.
=)
haha taklah. aku dari form 1 lagi nak kereta CRV. hehe gila lama ngidam. hoho
aku nak honda civic.. hahaha.. (menyampuk lak tetibe..)
ok.. td aku x bce tros komen..
skang da bce.. leh komen tol2..
assalamualaikum..
apasal ko pny bil api n air mahal gle..
umah aku yg 9 penghuni ni pon x sebyk tu..
lg satu, puluhan ribu ringgit la.. bkn puluh ribuan ringgit..
(jd ckg BM lak.. ngeee~~)
Catat Ulasan