Lawatan PKI ke Muzium Kesenian Islam
>> Ahad, Ogos 30, 2009
Salam semua. Apa khabar? Lama rasanya tak buat post tentang perkara yang saya buat sejak dua menjak kan? Ok. Pada 29 - 30 Ogos 2009, saya menyertai lawatan PKI UiTMPP ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur. Kami bertolak dari kampus pada 9.30 pagi dan tiba di Muzium pada jam 2.00 petang.
Di muzium tu ada macam-macam galeri tentang seni dalam Islam termasuklah seni khat yang saya minati. Kami diberi penerangan oleh seorang instuctor bertugas.

Bergambar di ruang lobi Muzium Kesenian Islam KL (dari kiri : Safiuddin, Fitri, Abid, Iman, Saya dan Jamal)
Kumpulan Far-E-ZeeN (berdiri dari kiri : Jamal, Abid, Fitri, Khalil; duduk dari kiri : Kamarol, Safiuddin, Auwis)
Setelah itu, pada pukul 5.00 petang kami solat jama' ta'khir qasar Asar-Zohor di Masjid Negara. Kemudian, kami pun bertolak ke hotel Bangi Lanai dan di pertengahan perjalanan kami singgah di bazar Ramadhan di PKNS Hulu Langat untuk membeli juadah berbuka puasa.
Malam tersebut setelah solat maghrib dan isyak di bilik, kami solat tarawikh di Masjid Putrajaya. Alhamdulillah, lama tak pergi ke Masjid Putrajaya. Akhirnya sampai juga ke sana. Setelah itu, kami pulang ke bilik untuk berehat.
Pada keesokan paginya, kami berkumpul seawal jam 8.30 pagi untuk bergerak ke taman rama-rama. Mula-mula rasa macam patut ke pergi taman rama-rama? Best ke taman rama-rama? Ye la..tak pernah masuk lagi taman rama-rama tu..bila masuk je..Subhanallah..cantik pemandangan dalam tu..kami siap bergambar dengan rama-rama yang ada di sana. Masuk ke dalam tu tak sedar lama juga rupanya merayau dalam tu...

Di Taman Rama-rama Kuala Lumpur
Bersama roommate, Iman
Cantikkan pemandangan dalam taman?
Nampak tak ada rama-rama kat tangan saya?
Bersama rakan-rakan.

Pada pukul 11.00 pagi, kami pun bertolak pulang ke kampus. Sepanjang perjalanan pulang tu, saya tidur memanjang. Mana taknye, seat sebelah kosong. Pe tunggu lagi, jadi berbaring la..
Memang seronok lawatan kali ni. Tak terkejar-kejar, relax dan tak membosankan. Tak dinafikan terlalu banyak sangat gelak sampai takut lupa pe yang dah belajar dalam kelas. Cukuplah dua hari enjoy seenjoy enjoynye. Dah dah, esok walaupun 31 Ogos 2009 hari kebangsaan dan hari cuti khas, tak bermakna study pun cuti. Dalam hidup ni kita kena adil. Kepada diri sendiri juga tak terkecuali. Sebagai seorang pelajar kita jangan lupa study..tu tugas dan amanah kita..^_~
Read more...